Monday 24 December 2012

#48

aku ada perangai yang agak pelik dan kadang2 rasa tak baek gila. bila aku benci orang sbb perangai yang annoy, sampi bila2 aku ssh nak suka balek. walaupun kadang2 bukan nyaa 24/7 dia annayo. tapi mind set, kalau dah benci, smpi kesudahlah. aku siyes tak de niat nak benci2 org. tak suka lah nak benci. tapi dia jadi berbulu tu yg takdpt nk control. OMG. sunggug byk dosa ku.

any tip tak untuk overcome masalah aku ni. nak teruskan hidup kdg2 aku kena fake which is ia nya sgt la tak cool, ok.

Wednesday 19 December 2012

#47

time aku tulis ni totaly aku stress tahap gaban. asal jahanam sgt perasaan ni. dalam byk2 manusia kat muka bumi ni asal aku kenang kau. asal kau. totaly bodoh tahap bangang. aku ase nak mencarut je hari ni. ada yang tak lepas dari hati aku ni, sbb tu aku jadi camni.

Sunday 16 December 2012

#46

aku berpeluang untuk ke ceramah Ustza Azhar buat pertama kali dalam hidup aku. jujur aku ckp, aku kejutan budaya. aku ralit melihat gelagat masingy yg berkopiah, bertudung labuh. terlalu ramai org yg begitu disana. solat Maghrib berjemaah di merata2 sahaja. Islam membuat kita bersatu , kan? disana aku berasa agak kekok dan tak biasa. bagaimana aku nak bergaul dgn kwn2 Nisa yg bertudung labuh. oh, mula lah aku tak keruan. serious aku ase cam batil sungguh aku. aku rasa aku tak setaraf dgn dorng. dgn tudungnya singkat bertudung bawal yg jarang dan kuselempang begitu aje. sarung kaki entah kemana. jujur aku katakan aku sejuk melihat mereka berpakaian begitu. dan aku mahu begitu jugak. tapi aku takde yg dpt mmbimbing aku, mengingati aku untuk begitu. aku kesana rasa lapang sungguh dada ku, hanya Allah yg mengetahui.

selepas habes ceramah, aku dan Nisa pergi lepak kedai makan. oh pls jgn pndang serong. kami cuma mahu borak2 panjang hati ke hati. byk yg aku tak tahu ttg Nisa. She is very suppotive friend for me. dalam byk2 member dia salah sorang kwn aku yg time susah mmg dia selalu ade dgn aku. die tak kesah aku mengadu benda yg sama berulang kali. she will listen and listen. n give me some perkatan yg buat aku bangun. n one more thing aku rasa cm sebak jugak. she tell her usrah's friend bout me. n mereka mendoakan aku untuk berlapang dada dan kuat. seriously. aku dah rasa aku semakin kuat. apa2 dugaan yg dtg dihadap ku. i will smile. n trust Allah mst ade kat aku.

currently pengubat resah aku adalah Zikir Terapi by Hafiz Hamidun. really work. alunan zikir sgt mndamaikan hati aku. walaupun sblm ni, aku tak lyn sgt lah zikir ni, tapi Ya Allah ini yg aku mahu. aku seriously sekarang cuba slow jadi muslimah yg baik. baik sebagai hamba Allah, baik sbg ank mummy, dan aku nak cuba jadi baik kepada kwn2 aku  jugak. dan aku tak nk mengumpat lecturer dah. aku nak jadi org yg positive dan berani. aku tak nk stuck life cm ni,

Allah. aku dapat rasakan disebalik dugaan dan ujian kau berikan pada aku, kau ada bersama aku. Terima kasih Ya Allah.

=)

Saturday 15 December 2012

#45

jarang sungguh aku meluahkan hati dan perasaan aku pada mak aku. tapi malam ni akhirnya aku meluahkan. aku dah tak mampu untuk menahan seorang diri. selalunya aku mmg jarang untuk meluahkan sbb aku tak nk dia risau ttg aku disini. sbb knl sgt la perangai mak aku tu. bila aku sedih disini dia yg risau bukan main. hehehe. hari air mata yg selama ni aku sekat. aku biarkan dia berlalu tanpa aku sekat. air mata mengalir lah. kesian hati dah lama dia menahan. lalu hari  ni bukan setakt aor mata yg kuar, esakan, hingusan, rintihan semua keluar. sumpah aku lega. mak adalah tempat yg plg best mengadu. mana ada mak yg tak bleh conform ank dia sendiri. homesick aku menjadi2 sekarang ni. mak aku suruh aku balik. kakngah.dan semua ank buah aku menunggu makdeknya. kalau ikotkan hati hari ni jugak aku mahu pulang. dan tak nk pulang terus ke s.a. master bukan lah ssh sgt, tp yg mnyebabkan aku down sgt, sbb benda2 kecil yg lain yg buat aku ssh hati dan tak berapa enak.
Pekan, tunggu aku! aku mahu pulang.!

Friday 14 December 2012

#44

currently playing Zikir Terapi Diri. It was ohsem. seriously.

#43

Jumaat the best day Oyie. there are no malang day in Islam. everyday is anugerah frm Him. I shud thanks to Allah because i still alive in this morning. But today, my day start with all bad and sad things. and today it is hard foe mw to go through. woke up, suppose i have to go data center the event that arrange for my database class. but i tertinggal afta i done persiapkan diri go there. but it s ok. then, i want to dobi all my clothes since friday i did not dobi at all. carry all my busuk baju, i go down. arrived at block 38 i think, OMG, all the machine breakdown. ALL ok. u can imagine what i feel right now. i have no body to share all bad things happen to me. Yelah. takkan all thimgs nk mengadu to people right. naik bebulu plak nt kan. hahaha. I know my english so bad. because of that term paper i always got low marks. hahahaha

#42

141212

date yg selalu aku tunggu setiap tahu sejak 3 tahun lepas.
hari ni ia datang kembali. getir aku melaluinya sorang2. 
kenapa begitu sukar otak aku untuk keluarkan kau dalam ingatan. tak seperti apa yang aku belajar. semuanya boleh keluar tanpa paksaa.
aku tahu ini dugaan dan kadang2 aku fkir ini adalah petunjuk.
tapi entah mengapa hati ini tak sekuat mana.
luarannya kuat bagai besi. muka kerek tak sedar diri. tapi hakikatnya, hanya Allah yg mengetahui.
Oyie kuat. Oyie dah lama bertahan. dan masih Oyie boleh bertahankan.
jika org dah tak sudi, apa lagi nak dikenang. bikin hati sakit bukan kepalang.
ingat Oyie. setiap apa yg berlaku ada hikmahnya. tak besar impact nya barangkali kecil.
bersabar selagi boleh, redha pasti lega.
tiada yang abadi dalam dunia. kecuali cinta Maha Pencipta. Mengapa kita terlalu mengejar cinta manusia, sedangkan yg mencipta manusia itu lbh HEBAT tiada tandingan.
sesungguh mengingati Allah semasa senang nescaya Allah mengingati kita dikala susah.
dan janji siapa lagi yang kau ingin percaya selain janji Allah yg sudah pasti tentu.

Wednesday 12 December 2012

#41

aku masih cinta.

#40

aku nak bahagia bukan sebab ada master.
aku nak bahgia bukan sebab  kaya.
aku nak jadi normal . tapi bahagia.
jujr aku cakap, aku rasa aku masih belum bersedia dan mungkin tak layak untuk ambil master.
juur lagi aku cakap yang aku tak dapat ilmu pun dalam mengahbeskan pengajian aku ni. apa yang aku tahu buat term paper yang kadang2 aku tak tahu apa yang aku tulis. mana nyr tak fahma semua kerja aku buat semua nya last minit. mmg totaly kelaut lah aku. aku tak suka mengarang benda ilmiah barangkali. aku tiada kebolehan untuk berfikir di luar kotak. critical thinking la katakan.
master level bukan tarafp aku lagi kotuntuk masa ini. tapi aku tak boleh patah balek. ini semua amant dan harapan keluarga. dorang nak tgk ank bongsu Mokhtariddin berjaya dan mampu ntuk berdikari. aku cuma ada MAK, walaupun realiti nya ada abang dan kakak. aku bukan kata yng mereka tidak boleh diharap. tp aku masih rasa kekok. rasa mcm org asing. aku selesa dengan MAK dan KAKNGAH. anak buah aku.
walau bagaimana pun aku perlu teruskan master. habes smpi ketitisan akhir. so far tak de niat lagi untuk smbung PHD. mmg tak lah. aku tak hadap laggi.
aku nak buktikan yang aku mmpu memegang segulung IJAZAH. demi Allah, ini semua untuk MAK. aku tahu MAK mahu aku menjaganya.Aku tahu dia senang dengan aku. Aku tak kesah kalua MAK menyusahkan aku. sbb sepanjang aku hidup dia lah segala2nya. selepas arwaw ABAH pergi, aku dah hilang satu tempat bergantung. aku hanya ada MAK. sbb tu msh aku ingat. kenapa aku lari dr MRSM suatu ketika dahulu? sbb aku manja. aku mengaku. tapi aku tak snngup nk berjauhan dengan MAK.
selepas diploma hingga sekarang lbh kurang 6 tahun aku tingglkan MAK. aku tahu MAK byk tak selesa ddk rumah anak2 dia. tp demi AKU, dia korbankan.

ITULAH IBU AKU.

Monday 10 December 2012

#39

berhijrah kepada yang lebih baik sgt digalak dalam Islam. berubah menjadi seorang lebih taat kepada Allah. kita manusia. dosa hari-hari kita buat. tapi kenapa tak mahu bertaubat. taubat bukan sekadar Solat taubat. tapi kena kuat dan bertawakal semoga Allah terima taubat kita dan kita tak akan melakukan maksiat lagi.
from m experience. sumpah. dah byk kali aku cuba untu berubah. tapi aku gagal ntah berapa kali. aku GAGAL. separuh jalan dan tidak istiqomah. lalu aku cari apa puncanya. punca plg besar ialah tidak menjaga SOLAT. SOLAT adalh perkara utama yg perlu kita jaga. tak guna jaga aurat tapi SOLAT tak jaga. apa yang dimaksudkan tidak jaga SOLAT ialah buka sekadar SOLAT 5 waktu tapi SOLAT diawal waktu. aku mengaku SOLAT yg plg berat bg aku adalah SUBUH. sbb aku mmg susah nk bgn pg. kalau SUBUH selalu delay n kdg2 out terus. mana nk datang berkat nya. so, nasihat aku pada kwn2 aku semua. step pertama anda nak berhijrah TOLONG JAGA SOLAT. insyaALLAH 3 minggu selepas itu ia jadi tabiat dan aku yakin Allah akn beri keuatan yg lain pulak seperti menjaga aurat, mengaji, tahajud, sedekah dan sbgnya.

aku nak kongsi satu lagu yang aku tersentuh sgt. from SHAHIR, "Aku Yang Berdosa"



Wednesday 5 December 2012

#38

keluarga iskandar is the best drama that i watched. element of kekeluargaan yg sgt neutral. serious mcm tak berlakon dorang ni. when i watch this drama, really wonder kenapa family aku tak cmni.? masing2 berkeluarga tp wat hal sendiri. sedih siot! so aku berazam bila ak da ade family sendir. ade ank sendiri aku nk wujudkan elemen kekeluargaan, kemeseraan tu besar2an. biar ank2 aku color sikit. ceh! berangan la plak.

Saturday 3 November 2012

#37

kadang-kadang aku takut nak buat keputusan sendiri. takut keputusan  kita buat ni salah. aku plan nk bli kereta walaupun ak still tak kerja. bg aku kereta adalah KEPERLUAN. bkn nk menunjuk2 ke pe. tp kenapa ada segelintir manusia tak faham. mungkin mereka takut aku tak mampu nak bayar tiap2 bulan. kenapa nak takut sedangkan rezeki kita mmg kita tak takkn tahu byk mana tiap2 bulan pun even rezeki untuk esok hari belum ttntu byk mungkin langsung takde. tp ak yakin, niat aku. untuk kebaikan semua org terutama mak aku. aku tahu mak aku jenis yg suka keluar bkn keluar untuk berhibur atau apa. dia terlalu byk sgt aktiviti, persatuan, undangang majlis2. tapi masalah dia tak de org nak hntar. aku sedih hari ini. sedih sgt. tp aku tak tunjuk pada dia. aku terpaksa bwk dia naik bus untuk ke town. seorang warga emas naik bus, aku rasa sgt sedih. mcm takde family nk tlg. kenapa anak2 masa sekarang ssh sgt nk luangkan masa kat mak? kornag tahu tak berbakti dgn mak ni murah rezeki, mulia. Tapi kenapa sejak bekeluarga semua nya nk ketepikan mak? kenapa? korang tak ingat ke masa kecik sp jaga korang, sape bg mkn korang. korang tak ingt ke?

Ya Allah aku mintak satu je. berikan aku kesabaran untuk menjga, melayan karenah mak aku. Janganlah jadikan aku anak derhaka dan berikan aku peluang untuk berbakti walaupun sikit dan belum tentu mampu terbalas walaupun setitik air susu dari seorang ibu. Itu je.


aku KECEWA dengan family ini. kecewa.!

Monday 22 October 2012

#36

All You Can Eat, If You Can.

hari ni aku bersama housemate pergi menikmati makanan di Falaming Steamboat di Sek33. Semangnt nak makan steamboat, sanggup kami berempat berpuasa makan. kosongkan perut. bila sampai je ditempat kejadian, teruja ang teramat, kerana bapak byk ne seafood. i love seafood!!
aku dan kamaliah serbu seafood. mmg kaw2 kami makan. mmg puas hati. lepas makan, mulalah masing2 kekenyangan.
time balek puas la pulak mencari jalan untuk pulang ke sek7. round, roundaout seraound dua. tiba2 nampak masjid shah alam. dalam hati siyes teringin sgt nk solat.pastu driver aka muna pun ckp jom kita masuk nak.
Ya Allah gembira sgt aku. Dan ak sgt berbesar hati, Allah menjemput kami berempat ke rumah-Nya.
yelah. aku dok shah alam dah nk dekat 3 tahun. tp tak pnh sekali pun pergi.
dan aku rasa bahagia sgt n rs tak nk blek. =)
aku harap one day, aku dpt lagi pergi masjid tersebut.
dan sampi umah dalam kol 11. aku kekenyangan lalu tido. dan aku rasa bahagia kerana dapat nikmat tidor dimalam hari walupun 3 jam je.

Sunday 21 October 2012

#35

Part 1

pergi jelah kalau itu mungkin rezeki awak.

tapi saya tak minat. awak faham tak. lagi pun mana saya ada duit. kerja kat sini pun kira ok jugak kot.

tapi yang ini ada masa depan. org  lain semua nak, tapi awak dah ada peluang tak nak pulak. kalau lah boleh tukar dengan saya, dah lama saya tukar. awak tak rasa ke ni mmg destiny awak. awak tak ingat ke time awak pergi interview tu, awak mmg tak de langsung ciri2 untuk dapat kerja tu.

hmm. saya tak tahu. jgn paksa saya boleh tak.

baiklah. saya tak paksa awak. tapi kalu awak dah buat keputusan. bila2 je saya tlg awak belikan tiket ke sana ye.

kenapa awak semangat sgt suruh saya pergi jauh dari awak. setahun setengah kot itu pun tak termasuk kalu sy posting kat sana.

takpelah. ini semua untuk masa depan awak. awakkan ckp awak nk balas jasa parent awak. ni lah cara die. andai awak bukan dengan saya b]pun, saya tak rasa rugi tp saya bangga awak dah buat keputusan yg baik untuk awak. suatu hari nnt awak akn jadi ketua keluarga, kalau bukan untuk saya, mungkin awak akn jadi ketua keluarga untuk org lain. kalau awak dah buat keputusan ni, inyaAllah rezeki awk melimpah ruah. menjadi seorang GURU sgt mulia awak. lebih2 lagi awk mengajar ilmu akhirat.

nnt saya fikirkan semula ye. Terima kasih sbb nshtkan saya.

...............................................................................................................................................................

awk, belikan tiket untuk saya. nnt saya byr kemudian lepas sy dapat elaun eh?

ok. awak nk pergi bile?

saya kena pergi sblm 30hb lah.

................................................................................................................................................................

saya dah cek tiket. 28 dan 29 tiket mahal sgt lah. tapi kalu 30hb ok lah. boleh tak.

takpe ke saya pergi 30 hb tu.?

takpe nnt saya kol IPG tu eh? jgn risau. aggap semuanya akn ok ye?

ok. terima kasih SETIAusaha ku.

..................................................................................................................................................................

awak, IPG ckp boleh je awk pergi 30 hb tu. so s beli tiket that day ye?

ok awak. tq sgt2.

...................................................................................................................................................................

hri ni last kite jumpa.

ok. awak pergilah jumpa mak kejap.

makcik. sy nk pergi dah. doakan saya.

jaga diri baik2 kat sana. jgn lupa org kat sini plak.

..................................................................................................................................................................

p.s :
mmg last pun kita jumpa.

Tuesday 16 October 2012

#34

aku rasa takde org yg faham apa yang aku rasa bila aku ckp aku nak sgt jadi cikgu sekolah. until my friend, Nadiah also claim the same issue. She told that she also become to a teacher. and she ssaid no matter what and how, tak kesah jadi cikgu kindergarden. tu lah nama passion. aku sgt suka mengajar budak2 dan kurang minat untu mengajar budak2 U ni. haha. boleh ke gitu.
sekarang aku tgh wat master. dalam bulan 6 thun depan aku habes lah. itu pun kalu tak de paper sangkut lah. semoga Allah permudahkan, aku tak kesah after aku hbs master, aku jadi cikgu sekolah je. sbb bagi aku, minat tu perlu ada. nt br lah ilhlas nk mengajar kan. bukan aku tak nk jadi lecturer. tp klu ak jadi lecturer field ttp same. COMPUTER, IT. honestly aku benci dan bosan dgn ini course. aku rasa bodoh sgt pilig=h jalan ni. tp dah master kot aku benci2 pun. haha. aku sgt2 jeles ngn kwn2 aku yg skunk da d cikgu. cikgu math, english, sejarah pj. aku rasa cm cool sgt. plus for sure sp yg mmg passion to be a teacher ak gerenti dia dapat bonus pahala melimpah2. weh pahala tu bwk smpi mati selagi ilmu yg kita aar tu mengalir. tp ilmu tu biat la bermanfaat. ye dok?
sebenar aku th nak suapkan term paper which is dgt la bosan plus aku tak suka baca paper org lain kot.
and plus tajuk mmg ak u taksuka,. sekarang akubetol2 realize yg aku mmg tak bla ngn field ni.
korang agak2 lepas ni aku dpt tak apply jd cikgu? cikgu add math ke.

doakan aku yaaw!
aku tahu post ni mst bc typo. haha
but happy reading.

Saturday 13 October 2012

#33

doa ni aku rasa menyerap sangat dalam jiwa aku. sesiapa yang membaca amin kan ye.

"Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kpd kami ketika kesedihan mengisi hari kami, kemanapun kami melangkah Engkau menyertai kami, dlm kehilangan, kesakitan & terluka kami. Kuatkanlah kami dlm menjalani hidup ini untuk menebarkan cinta & kasih sayang bagi sesama."

=)

Friday 12 October 2012

#32

hantu barangkali kau ini

hei.
kau hantu yang tak berjasad.
singgah dalam otak aku tapi tak nak keluar.
kemana aku pergi dan apa aku buat,
kau sama sibuk nak mengacau kan

Lagu ---> LCCT---> UKM---> Stesen UKM


Monday 8 October 2012

#31

kadang-kadang aku terfikir mahu keluar dari life aku sekaranag dimana aku perlu habiskan master, dimana aku perlu fikirkan ttg org lain.
kadang-kadang akuterfikir nak mauk pondok, belajar agama. mesti tenangkan?
aku nak lari dari semua ni.
bila aku pressure. aku rasa bila baca tak fahm, aku mulalah rasa cuak dan fikir bukan2.
nak daptkan title master sgt ssh. indah khabar dari rupa.
mulut ni dah berapa kali canag kabo nak quit. tapi aku tahu semuanya tu tak kan terjadi.
aku ingin mencari kekuatan Ya Rab.
bantulah aku.


#30

kadang2 aku je yang mencipta perasaan untuk sedih, untuk kecewa ataupun untuk sunyi sepi.
aku selalu kesiankan diri aku. simpati diri aku. dan ianya sgt kontra bila aku sbnrnya tak suka org lain beri simpati kat aku. 
aku selalu fikir org lain tak suka aku, tak syg aku. padahalnya hari aku realise ramai sgt nak berkawan dgn aku. cuma aku yang letak barriers. itu soal kwn.
kalu soal cinta lagi siap2 aku dah pasang penghalang untuk aku tidak suka pada seseorang. kadang2 aku menzalimi diri aku. aku tak bg peluang hati aku untuk org lain. setia aku dah menyusahkan diri aku dan org lain. sampai bila aku harus menutup segala rasa, menutup segala pintu hati. aku langsung tak bg peluang pd diri aku untuk bercinta lgi seolah2 aku terperangkap dgn cinta dulu.
aku bukan tak pernah bercinta sblm ni. tp kali ni aku ssh nk lepaskan.
  

Sunday 7 October 2012

#29




Aku , Dia, dan Tong Sampah.

Telemovie ini sangat osem. Sebab utama adalah adanya Beto. Aku mmg minat habes pada suami orang ni.
Hehe. Sape yang masih tak tahu, Beto ni sudah berkahwin.
Lakonan masing2 dalam ni sangat sempoi dan di tambah pula jalan cerita yang sangat dekat dengan life kita sekarang. Bila digali2 , rupa2nya cerita asal telemovie ni direka oleh Nadia Khan, penulis novel Fixi Kelabu.
Patutlah sempoi habis.
Cara lakonan masing2 mmg totaly natural. mmg best lah. lebih2 lagi Beto.
Cerita byk sgt tak guna, tgk sindiri lah
Lagi satu nak bagi tahu, telemovie lagi best dari movie. lagi berkualiti.
dan drama melayu pun semakin osem sekarang.
maka aku pun dah addicts cite2 melayu ni exlcuding MOVIE dipanggung ye.

Saturday 6 October 2012

#28


kata-kata cool macam  ni buat aku kuat walaupun secara spontan.
aku mmg perlukan kata2 semngat dari kwn2.
aku tahu ramia yang sygkan aku. tapi kdg2 aku yang ego sgt.
dgn org lain ego nak mampos.
tp ngn dia. cm haram. lembut hati.

dem!

Friday 5 October 2012

#27

awak.
setia tu kadang2 menyakitkan.
kadang2 menyesakkan.
kadang2 rasa loser.

awak.
memang saya boleh pilih untuk tidak setia
tapi saya yang pilih untuk terus setia
saya tak tau apa lagi yang saya tunggu dan harap.
saya tahu semuanya takkan kembali macam dulu.

awak.
kalaulah awak tahu rasa suck tu macama mana.
mesti awak akan rasa apa yang saya rasa sekarang.
rasa macam tahi. tahi tahu tak.

awak.
siang saya senyum melebar.
malam saya sedih nestapa.
tapi dalam hati ni rasa nak pecah.
pecah sebab sdh tiada airmata lagi nak keluar.

awak.
saya rasa mahu maki awak.
tapi saya tahu saya tak mampu buat begitu.
saya rasa nak tampar awak.
tapi saya tahu tangan ni akan rasa berat.

awak.
pergi mati lah!

Monday 1 October 2012

#26


last song



Tidak kusangka jadi begini
                                               Terpisah jua kita akhirnya

Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku




Sunday 30 September 2012

#25

gila. ini mmg gila.
aku mmg rasa dah tension gila study ni.
ak tak tau lah hbs ke tak ak study ni?
ak tension.
ak tak suka membaca, bila baca plak otak ni benak gila nk process pe yg ak baca.
yg pelik tu bila baca zine ke novel ntah pape tu bleh plak digest cpt.
Ya Allah. aku tau ini dugaan bg aku. kau nk tgk aku kuat atau tak .
tp aku betol2 down gila sekarang.
rasa double sawan, kalau saat cmni, aku terkenang2 org tu.

loser!

Friday 28 September 2012

#24

Alzhemir.

Mintak jauh lah. tapi aku sekarang ada sindrom dimana aku terlalu cpt lupa yg aku baca atau tgk.
mmg mencabar gila time study aku jd cmni.
lagi plak, processor aku smkin slow. otak semakin slow.
tak macam time degree dulu.

Ya Allah..
mcam mane ni?

Wednesday 19 September 2012

#23

sindrom bangun pagi.
aku ni pelik. bangun pagi tak suka ckp dengan org. mulut bebau  tak jugak.
tp mmg habit ; kdg2 aku kesian pada kwn2 aku yg suka berckp tp ak tak respons.
cmne nak jadi normal cm org lain
sindrom tak nk ckp ngn org semakin mnjadi2 lah plak.

Sunday 16 September 2012

#22

saya lebih gembira lepas habis master saya jadi cikgu sekolah.

status terbaru di facebook.
perasaan untuk jadi cikgu kat sekolah sgt la berkobar. ntah kenapa perasaan cmtu hadir.
mst org ckp, da ambek master go on jadi pensyarah je la.

aku suka jadi cikgu. nak wat cmne. dan aku akn buat mnda yg aku suka.
sama macam perasaan jugak. cinta. aku masih setia. tak tau sampai bila.

#21

Rasa rindu mengcekam jiwa.... cewah!
serius rs rindu plk.

Thursday 13 September 2012

#20

sekarang aku fikir lagi kedepan. kalau dulu asyik nak fikir bila lah nak kawen. seronok nak kawen. bukan lah bermaksud kawen ni satu perkara yang tidak kedepan. tp stop lah dulu fkir ttg kawen.
dalam life ni byk menda ak nk. sekarang aku cuma fikir ttg mak aku. mak aku getting old year by year. and org yg plg rapat dan boleh aku gantung harapan is her. aku tak boleh imagine kalau mak aku takde. i cant. she is everything for me.

perkara yang aku nak buat afta aku grad is find the job. and the place is mestilah di Pahang only. kuantan or pekan. apa gunanya aku bekerja jauh2 tapi jauh dgn mak. (aku tak fhm ayt ni sbnrnye). 2 sebab kenapa aku nak ddk dekat ngn mak ak. aku mmg jenis homesick. manja? peduli apa korang nak ckp. second one is because my mum. aku tak nk tnggl die da. aku taknk sshkan die dah. sepanjang aku smbung bljr dr dip, hidup die cm nomad bila malam. terpaksa tumpang uma makcik aku, abg aku, atau kakak aku. aku mmg tak bg mak aku tggl rumah sorng2 bila mlm. aku xnk s.thing bad happen. walaupun aku ni jns bkn la yg baik sgt pon. takde la anak solehah sgt pon. tp day by day, ak fikir org yg byk bakti pd aku dr kecil is  my mom n second my bro. ayah ak, for those yg tak tau. die da kembali pd Allah since umur aku 5thun. =(

cuma aku doakan supaya Allah murahkan rezeki aku after ak grad master. and boleh lah aku bls jasa mak aku. walupun aku tau tak mmpu dibalas. air susu dr mak aku pun aku tak mmpu bls inikan plak single sen yg kuar untuk besar kan aku ni. and ahu selalu doakan supaya my mom sihat dan pnjg umur. 

kalian doakan aku ye.!

#19

menyendiri.
aku lebih suka menyendiri dari beramai-ramai.
mungkin sebab perangai itu buat aku susah nak bermesra dengan org lain.
for me.
alone does not mean lonely.
aku lebih rasa tenang begini. bila sidia tiada dalam life aku. hub ak ngn Allah lg dekat plus aku makin tabah menempuhi dugaan Allah.
aku hanya berserah kepada Allah.
hati aku, hati dia, hati manusia semua milik Allah.
so aku tak takut kalau org tak suka aku.
sebab dalam dunia ni, tak semua akan berpuas hati dengan kita.
cuma yang paling penting jgn la kera sumbang sangat dan jangan anggap dalam dunia ni kita boleh hidup sorang2.
but hubungan dengan Allah kena baik, dan secara automatik hub kita dengan manusia pun akan ok.!

so. selamat beramal.
sendiri takbermaksud sunyi. =)

Friday 7 September 2012

#18

aku selalu suka buat keputusan yang lain dgn apa yang aku plan.
macam sambung master, lepas habes degree ak msh igt lg, sv ak tnya awk taknk smbung master ke?
aku jwb, saya tak nak lagi.
tp tup2. muka aku jugak yg smbung master. n now aku terkulat2.

lagi, aku plan nk blk s.a hari sabtu. esok la mksud nye.
tba2 last minit ak nk tukar tiket pg isnin. hmm. ntah ade ke tak.

actually, byk sgt perkara yg aku buat tak selari dgn ape yg aku plan.
jgn smpi aku tunang ngn org lain, tup2 last minit kawen ngn org lain suda lah.
kan?

#17

repost from old blog

Hello Peeps.


Perasan tak wishlist aku dah hilang 1?
Hmm.. 10 January 2012 aku official Bergigi Besi.
Aku nak kongsi sedikit ttg braces.
Aku percy mesti ramai yang nak tahu procedur nak pakai braces.
Sebab aku dulu pun, before wearing braces, byk kali baca blog si gigi besi.


Macam2 cerita dongeng. Cerita scary berkaitan dgn braces.
Hehe.


For those yg pasang niat nak psg braces tu, aku nasihatkan pergi je buat.
Sakit tu sekejap je pun.


Oklah hari aku nk kongsi procedur nk pakai braces.



  1. Korang survey lah clinic dulu. Cari yg murah ke. Kes aku ni aku tak cari murah, tp ak pilih clinic yg doctor die ok. Tak kisah la mahal sikit, tp berbaloi sbb kita jumpa dentist bukan nye sekali dua. Tapi sepanjg kita pki braces, kn?
  2. Dah jumpa clinic, tnya and minta consult dulu. Macam mana struktur gigi, bayaran dan macam2 lah.
  3. Dah confirm, doctor akan buat acuan gigi kita untuk tahu struktur gigi.
  4. X-ray. Kes aku, aku xray kat clinic lain sbb clnic aku takde khidmat xray. Untuk xray aku kena byr RM105. 
  5. Then, doctor set appointment nak pasang braces. Clinc tempat aku ni, die pasang dulu braces bru cabut gigi. Aku lupa plak nk tanya asal cmtu. Takpe, next appointment ak tanya.
  6. Bila pasang braces, time nk balik bru la aku byr down payment. RM2500. Total semua untuk braces RM 5k.
  7. Tunggulah appointment akan datang.
Simple kan?
Mesti korang nak tanya sakit ke tak. Hmm, sakit tu mmg la sakit. Tapi thn jelah. Sekejap je pun.

1. Sebelum pasang braces
2. Selepas pasang braces tapi wire tak pasang lagi.. Tunggu gam kering. Time ni rasa loya gila.


Wednesday 5 September 2012

#16

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Saturday 1 September 2012

#15

scene ni berlaku time aku bergurau ngn Puan Mak.
Puan Mak ingtkan aku tak mandi pg lagi. Maklumlah anak bongsu kesayangan dia ni mmg tk suka sikat rambut lepas mandi.

Puan Mak : Adek, kau ni tak mandi2 lagi. Nanti dah berlaki perangai cm ni, lari laku kau.

Aku : Hello.... Kita dah mandi ok.?

Puan Mak : Kau ingat lagi kat dia?

Aku tau nape mak aku tanya ku soklan tu. sbb ak guna perkataan "hello" depan mak aku. Dulu time aku ngn dia, klu ak gurau ngn die mst aku guna word "hello". Nak jadikan cerita ada one time tu, dia dtg uma aku, n aku tergutau dpn mak aku. N till now mak aku ingat la perkataan tu.

Aku : Mak, Kalau la boleh nak buang otak kat tepi, ganti ngn otak lain. Untung2 boleh lupa dia. Mak, orang yang kite benci pun ssh kite nak lupa, ni kan  plak orang yang kita sayang.

Puan Mak : Sabar lah adik. Semuanya ketentuan Illahi.

Aku : Tgh sabar la ni, kalu tak sabar dah lame  fly pergi Sabah.

Thursday 30 August 2012

#14

Post tentang jodoh dan nikah yang menarik perhatian aku.


Adakah sudah cukup usaha dan ikhtiar kita dalam mencari jodoh? Adakah kita pernah minta pada Allah supaya diringankan jodoh pada setiap kali sujud kepadaNya? Berapa kali kita bangun dan bersolat hajat pada malam hari memohon dipermudahkan jodoh? Pernahkah kita solat sunat Dhuha, memohon limpahan rezeki berupa jodoh yang baik dan keluarga yang sakinah? Berapa kali kita solat taubat, memohon keampunan agar doa kita untuk mendapat jodoh tidak terhalang disebabkan dosa-dosa silam kita? Dan cukupkah ikhtiar kita dengan solat istikharah agar tidak terburu-buru membuat keputusan dan pilihan hanya kerana terdesak?


Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi - Perkongsian pengalama dari Krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography yang di post balik oleh
  http://www.szlihin.com

dan ini sebahagian yang suka dan insyaAllah akan ikut panduan ini.

  • Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

  • Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

#13

kau takut dengan perasaan kau sendiri.
kau seorang yang penakut untuk mengaku yang kau masih sayang aku.
kau penakut. kau penakut. kau takut nak bertemu aku sbb kau takut kau syg aku semula.
kau penakut. sampai bila-bila kau penakut.

tapi aku salute, sbb kau kuat.
kau kuat tahan perasaan kau. kau kuat simpan apa yang kau rasa.
aku? aku belum tentu mampu

#12

keterpaksaan menjadi pelajar.
sekian~




Thursday 16 August 2012

#11

Syukur kepada Allah aku dapat menjalani kehidupan aku dengan normal sempena Ramadhan ini. Tido awal, bangun awal, tak tido lepas Subuh dan paling penting aku tak rasa pape tanpa sidia. Ini perkara paling mustahil aku boleh buat, aku boleh lupakan dia, bila ingat pun hanya aku mampu tergelak kenapa aku terlalu lama mengambil masa untuk buang dia dalam hidup aku. Tapi yelah setiap apa yang berlaku mmg ada hikmahnya. 

Terima kasih kepada seseoarang yang mampu buat aku buang perasaan ini. Dan aku  juga akur kau bukan milik aku.

 =)

Jodoh itu memang rahsia Allah. Jangan tertipu dengan rasa dan gerak hati kita. Kadang ia yang menipu.

Tuesday 7 August 2012

#10

ini adalah osem. jika anda rasa osem, play it again!

#9


printscreen dari fb aku. ya now aku jadi cikgu part time Sejarah di pusat tuisyen. and aku happy gila dapat mengajar lagi. tp actually mengajar ni mst ad skill gak. bukan perkara mudah. byk perkara aku belajar bila kita jadi cikgu. kita kat depan n kita tgk evryone punye attitude. dan bila aku tgk dorng ak nmpk ak ngn kwn2 aku. ya. one of my student attitude die sebijik cam aku bile time dalam kelas. die tak byk ckp mcm aku. tak menonjol dlm kelas cam aku. tp dia pandai. dia akan ckp bile rasa bende itu perlu. aku suka sgt dia. yela aku ase cm ak tgk cermin. n bila ak as cikgu n aku yakin tak semestinya yg menonjol itu plg baik. just be ur self. n ak bangga dgn diri aku. =)

i love to be a teacher. n hope one day i will be a teacher. dan ak yakin aku akan jd cikgu.  mungkin bukan cikgu sekolah. mungkin bukan cikgu universiti. tp cikgu kepada anak2 aku. dan cikgu untuk diri aku. n currently, ak mencari seseorang lelaki yang bernama suami sbg cikgu hidup aku. terutamanya cikgu mengaji. =) insyaAllah

#8

tenang jiwa bila mendengar alunan suara budak tahfiz mengaji setiap kali tunggu azan.
untunglah rumah aku dekat dengan masjid. makanya speaker masjid akan aku kedengaran lah.

aku gila impress dan wonder pada budak tahfiz.
boleh menghafaz satu al-Quran = 30 juzuk.
aku?
satu ayat pun belum tentu boleh hafal.
ya Allah, terang sungguh hati mereka. =)

nanti kalau aku ada anak ; insyaAllah aku nak mereka menghafaz al-Quran.

dan sebab itu jugaklah aku sayang gila tinggal taraweh. walaupun org ckp, kita ibadat kerana Allah. tapi bagi aku imam juga salah satu faktor penarik kenapa ramai ke masjid.

sebab2 aku ske budak tahfiz jadi imam adalah ;
1. sebab dikalangan orang muda dan budak sekolah ; so cara bacaan mestilah laju tapi masih mengikut tajwid.
2. memahami keadaan makmum dia. yelah bukan semua yang larat untuk berdiri lama, so ayat yang dibaca tidak terlalu panjang.
3. alunannya sangat menikam jiwa. bagi aku lah. tapi bila aku tanya mak aku, she said so ok.
4. sekali setahun je imam dikalangan budak tahfiz. =)

dan Alhamdulillah, anak buah aku ada yang hafaz al-Quran. =)



Monday 6 August 2012

#7

dari Dia kita datang ; maka kepada Dia juga kita kembali.
hari ni bapa mentua Kakde meninggal dunia.
sakitnya tak lama. serangan jantung.
seperti arwah abah jugak.


bila Allah mahukan kita, bila2 masa saja Dia akan ambil.
tak kira apa pun keadaan kita.
maka kita sbg hamba Dia, selalu lah bersedia.
berubah dan berubah menjadi lebih.
aku?
aku masih mencuba dan berubah sedikit demi sedikit.
biar istoqomah.


pelbagai cara orang nak berubah. ada yang drastik, ada yang slow2, ada yang hangat2 tahi ayam.
yela. iman kita tak sama.


so tepuk dada tanya iman.
happy ramadhan!

Sunday 22 July 2012

#6

camne ak nak lupakan kau.
semua menda di sekelilingi aku semua nya  boleh ingtkan kau.
aku tak minta semua ni terjadi.
kalau boleh hari ni jugak ak nak hapuskan semua nya dalam otak aku untuk lupakan kau.

Saturday 21 July 2012

#5

Banyak kali aku post tth cikgu. tapi kali ni bukan ttg aku nak jadi cikgu walaupun mmg cita2 aku nak sgt jd cikgu. =) 

aku suka jika bakal suami aku dikalangan cikgu. tak tahu mengapa. tp bg aku mmg gila cool bila seoarang lealki adalah cikgu. =)


p/s : "Cikgu is Passion ok!"


Thursday 19 July 2012

#4

Setia 


Apa itu setia? 
Adakah menunggu pada orang yang tak pasti akan kembali pada kita itu adalah SETIA?
Adakah membutakan segala rasa dan perasaan,  asalkan kita dapat bersama itu adalah SETIA?
Adakah memaafkan setiap kesalahan yang berulang kali semata-mata untuk bersama itu adalah SETIA?


ITU semua nya TAHI!

Wednesday 18 July 2012

#3

Aku tak ramai kawan sbb aku tak pandai nak berkawan. Sebab tu kawan aku sekerat je.
Entry kali ni aku nak dedicate pada kawan-kawan aku yang superb! Yang lain pun superb jugak.


1. Kamaliah Mat Akil

Gambar zaman tori

Budak ni nama dia Kaem. Dia ni kwn baik aku time diploma till now. Aku mmg anggp die bff aku, tp tak tau la die. sbb dia ni rmi gila mmber. tak de sape yang tak suka dia. dia simple and tak bermuka-muka. 

2. Noor Hanisah

Ini akak nisa. aku kwn die since degree. maklumlah aku ni tak pndai nk berkwan ngn org, n kebetulan minah ni pun sebtang kara. so ngeneng kat ak; aku pun ngeneng blk kat die. so lame2 jd bestfren. tmpt ak mengarut, tmpat aku melauhkan hal si mangkuk tutttt. hahaha. die ni da tua, tp perangai tak tua ok. maimntain. aku syg kau la nisa.


to be continue!

#2

Currently song addicted


#1

i love write. i love blog. i love express my feeling and opinion here.
this is my 3rd personal blog i created.


i know certain people like my words. so i write again.
so my follower. hope you are enjoy!