Thursday 30 August 2012

#14

Post tentang jodoh dan nikah yang menarik perhatian aku.


Adakah sudah cukup usaha dan ikhtiar kita dalam mencari jodoh? Adakah kita pernah minta pada Allah supaya diringankan jodoh pada setiap kali sujud kepadaNya? Berapa kali kita bangun dan bersolat hajat pada malam hari memohon dipermudahkan jodoh? Pernahkah kita solat sunat Dhuha, memohon limpahan rezeki berupa jodoh yang baik dan keluarga yang sakinah? Berapa kali kita solat taubat, memohon keampunan agar doa kita untuk mendapat jodoh tidak terhalang disebabkan dosa-dosa silam kita? Dan cukupkah ikhtiar kita dengan solat istikharah agar tidak terburu-buru membuat keputusan dan pilihan hanya kerana terdesak?


Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi - Perkongsian pengalama dari Krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography yang di post balik oleh
  http://www.szlihin.com

dan ini sebahagian yang suka dan insyaAllah akan ikut panduan ini.

  • Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

  • Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

No comments:

Post a Comment