Tuesday, 7 August 2012

#8

tenang jiwa bila mendengar alunan suara budak tahfiz mengaji setiap kali tunggu azan.
untunglah rumah aku dekat dengan masjid. makanya speaker masjid akan aku kedengaran lah.

aku gila impress dan wonder pada budak tahfiz.
boleh menghafaz satu al-Quran = 30 juzuk.
aku?
satu ayat pun belum tentu boleh hafal.
ya Allah, terang sungguh hati mereka. =)

nanti kalau aku ada anak ; insyaAllah aku nak mereka menghafaz al-Quran.

dan sebab itu jugaklah aku sayang gila tinggal taraweh. walaupun org ckp, kita ibadat kerana Allah. tapi bagi aku imam juga salah satu faktor penarik kenapa ramai ke masjid.

sebab2 aku ske budak tahfiz jadi imam adalah ;
1. sebab dikalangan orang muda dan budak sekolah ; so cara bacaan mestilah laju tapi masih mengikut tajwid.
2. memahami keadaan makmum dia. yelah bukan semua yang larat untuk berdiri lama, so ayat yang dibaca tidak terlalu panjang.
3. alunannya sangat menikam jiwa. bagi aku lah. tapi bila aku tanya mak aku, she said so ok.
4. sekali setahun je imam dikalangan budak tahfiz. =)

dan Alhamdulillah, anak buah aku ada yang hafaz al-Quran. =)



No comments:

Post a Comment