Thursday, 30 August 2012

#14

Post tentang jodoh dan nikah yang menarik perhatian aku.


Adakah sudah cukup usaha dan ikhtiar kita dalam mencari jodoh? Adakah kita pernah minta pada Allah supaya diringankan jodoh pada setiap kali sujud kepadaNya? Berapa kali kita bangun dan bersolat hajat pada malam hari memohon dipermudahkan jodoh? Pernahkah kita solat sunat Dhuha, memohon limpahan rezeki berupa jodoh yang baik dan keluarga yang sakinah? Berapa kali kita solat taubat, memohon keampunan agar doa kita untuk mendapat jodoh tidak terhalang disebabkan dosa-dosa silam kita? Dan cukupkah ikhtiar kita dengan solat istikharah agar tidak terburu-buru membuat keputusan dan pilihan hanya kerana terdesak?


Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi - Perkongsian pengalama dari Krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography yang di post balik oleh
  http://www.szlihin.com

dan ini sebahagian yang suka dan insyaAllah akan ikut panduan ini.

  • Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

  • Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

#13

kau takut dengan perasaan kau sendiri.
kau seorang yang penakut untuk mengaku yang kau masih sayang aku.
kau penakut. kau penakut. kau takut nak bertemu aku sbb kau takut kau syg aku semula.
kau penakut. sampai bila-bila kau penakut.

tapi aku salute, sbb kau kuat.
kau kuat tahan perasaan kau. kau kuat simpan apa yang kau rasa.
aku? aku belum tentu mampu

#12

keterpaksaan menjadi pelajar.
sekian~




Thursday, 16 August 2012

#11

Syukur kepada Allah aku dapat menjalani kehidupan aku dengan normal sempena Ramadhan ini. Tido awal, bangun awal, tak tido lepas Subuh dan paling penting aku tak rasa pape tanpa sidia. Ini perkara paling mustahil aku boleh buat, aku boleh lupakan dia, bila ingat pun hanya aku mampu tergelak kenapa aku terlalu lama mengambil masa untuk buang dia dalam hidup aku. Tapi yelah setiap apa yang berlaku mmg ada hikmahnya. 

Terima kasih kepada seseoarang yang mampu buat aku buang perasaan ini. Dan aku  juga akur kau bukan milik aku.

 =)

Jodoh itu memang rahsia Allah. Jangan tertipu dengan rasa dan gerak hati kita. Kadang ia yang menipu.

Tuesday, 7 August 2012

#10

ini adalah osem. jika anda rasa osem, play it again!

#9


printscreen dari fb aku. ya now aku jadi cikgu part time Sejarah di pusat tuisyen. and aku happy gila dapat mengajar lagi. tp actually mengajar ni mst ad skill gak. bukan perkara mudah. byk perkara aku belajar bila kita jadi cikgu. kita kat depan n kita tgk evryone punye attitude. dan bila aku tgk dorng ak nmpk ak ngn kwn2 aku. ya. one of my student attitude die sebijik cam aku bile time dalam kelas. die tak byk ckp mcm aku. tak menonjol dlm kelas cam aku. tp dia pandai. dia akan ckp bile rasa bende itu perlu. aku suka sgt dia. yela aku ase cm ak tgk cermin. n bila ak as cikgu n aku yakin tak semestinya yg menonjol itu plg baik. just be ur self. n ak bangga dgn diri aku. =)

i love to be a teacher. n hope one day i will be a teacher. dan ak yakin aku akan jd cikgu.  mungkin bukan cikgu sekolah. mungkin bukan cikgu universiti. tp cikgu kepada anak2 aku. dan cikgu untuk diri aku. n currently, ak mencari seseorang lelaki yang bernama suami sbg cikgu hidup aku. terutamanya cikgu mengaji. =) insyaAllah

#8

tenang jiwa bila mendengar alunan suara budak tahfiz mengaji setiap kali tunggu azan.
untunglah rumah aku dekat dengan masjid. makanya speaker masjid akan aku kedengaran lah.

aku gila impress dan wonder pada budak tahfiz.
boleh menghafaz satu al-Quran = 30 juzuk.
aku?
satu ayat pun belum tentu boleh hafal.
ya Allah, terang sungguh hati mereka. =)

nanti kalau aku ada anak ; insyaAllah aku nak mereka menghafaz al-Quran.

dan sebab itu jugaklah aku sayang gila tinggal taraweh. walaupun org ckp, kita ibadat kerana Allah. tapi bagi aku imam juga salah satu faktor penarik kenapa ramai ke masjid.

sebab2 aku ske budak tahfiz jadi imam adalah ;
1. sebab dikalangan orang muda dan budak sekolah ; so cara bacaan mestilah laju tapi masih mengikut tajwid.
2. memahami keadaan makmum dia. yelah bukan semua yang larat untuk berdiri lama, so ayat yang dibaca tidak terlalu panjang.
3. alunannya sangat menikam jiwa. bagi aku lah. tapi bila aku tanya mak aku, she said so ok.
4. sekali setahun je imam dikalangan budak tahfiz. =)

dan Alhamdulillah, anak buah aku ada yang hafaz al-Quran. =)



Monday, 6 August 2012

#7

dari Dia kita datang ; maka kepada Dia juga kita kembali.
hari ni bapa mentua Kakde meninggal dunia.
sakitnya tak lama. serangan jantung.
seperti arwah abah jugak.


bila Allah mahukan kita, bila2 masa saja Dia akan ambil.
tak kira apa pun keadaan kita.
maka kita sbg hamba Dia, selalu lah bersedia.
berubah dan berubah menjadi lebih.
aku?
aku masih mencuba dan berubah sedikit demi sedikit.
biar istoqomah.


pelbagai cara orang nak berubah. ada yang drastik, ada yang slow2, ada yang hangat2 tahi ayam.
yela. iman kita tak sama.


so tepuk dada tanya iman.
happy ramadhan!